Tuesday, 20 December 2011

20/12/11

aku nak cite sahabat pelajaranku
yang pertama ERY panggilan namanya
jentera LC rambut MOHAWK tegak berdiri
berumur 19,setahun lebih dari pemerhati
serba boleh budak ni keyakinan tinggi
umpama mastermind bijak segala segi
pengalaman bersepah dua negeri dia diami
tanya apa saja pasti ada jawapan pasti
yang kedua DDY SUBHAN si SOHAI berisi
bermotor LC sama macam ERY
sebaya dengan aku tinggi taraf dari realiti
OKB aku gelar setiap hari dinar perolehi
perempuan pasti sangkut jika series dia nak angkut
ayat semanis gula memang diabetes akhirnya
yang ketiga HAZIQ si pembonceng motor WAVE
rambut sentiasa rapi tengok gaya dia sendiri
kurang bercakap sentiasa ada bersama
seluar fit dipakai swag sendiri dicipta
tengok biasa aja jangan pandang sebelah mata
dah berkali tukar makwe aku je masih sama
yang keempat SHAHRUL a.k.a BONAI ERY panggil tiap kali
penghibur kelas dikala waktu sunyi
tukang drop sejati kerjaya masa kini
aku ketawa ternyata funny dah lama terbukti
kalau nak pinjam novel ni lah dia orang patut korang cari
yang keenam seorang gamer yang tegar
DOTA dia expert orang lain pun tak boleh nak flirt
NAUFAL mastermind macam ERY aku perhati
badan bigok macam aku kualiti dia lebih tinggi
rajin buat assignment jika satu group bersamanya
hulurkan saja gerenti baik punyeeee
banyak lagi aku nak story pasal membe ni satu family
tak larat tangan nak menari letih sorang sorang beraksi
pasal mereka aku dah cite
pasal diri aku pulak tak ingin aku nak cite hahahaha
ni baru membe kolej aku nak bukak tingkap
belum membe lepak memang tak tersingkap
persahabatan dibaja aku harap tak mati selagi aku belum mati
kawan kawan ingatlah aku bila TUHAN jemput kembali

Monday, 19 December 2011

19/12/11

hari ni hari paling celaka
pergi kolej mensia siakan duit mak bapak aku
masuk kelas die cakap lupe bawak buku kelas beku
membe ajak pegi satu warung
pergi berasap sampai terangkat punggung
10.30 jam ditengok masih awal nak penuhkan tempat duduk
berlari anak destinasi yang diperhati dari tadi
lalok dengan keadaan sekeliling tak perasan jam ligat berpusing
setapak lagi pukul 12 bergegas ke kelas
bukak pintu suasana haru biru disergah bertalu talu
aku diam dan malas nak ambik tahu
dorang kate pengajar merajuk,mengamuk
kisah pulak aku kau buat begitu
tak pela manusia hipokrit aku nak gak hipokrit
biar aku bertalam depan kau minta maaf
kau dari dulu memang tak berubah
perangai celaka sentiasa ade walau tahun baru nak menjelma
aku biarkan saje dalam 2 tahun aku boleh hadapi semua
tapi jumpe kau lidah bercabang dua setiap masa
tunas rasa aku dah mati nak rasa citarasa kau yang tersiksa
menyiksa kepercayaan yang kau buat macam kau petik buah dari awan
rapuh kepercayaan tentangan aku hulurkan
aku kehabisan idea nak bentangkan satu satu pasal dia
tapi tu la pengajar aku
dengan megah aku bercerita

PEACE:)

Sunday, 18 December 2011

18/12/11

aku menulis sekadar meluahkan rasa
tak nak mengacu dekat sape pun
kalau yang terasa padan muka
kalau dah terasa ubah lah citarasa
mataku memandang setiap penjuru
terdetik untuk meluahkan rasa yang tak menentu
medium bersesuaian dipilih
menulis alternatif yang proaktif
berani bersenda di dalam blogger
dunia kat sini peneduh bagi aku
aku tak takut kalau ada yang kutuk aku
mari bertelagah jika kau dah ura namaku
berani menampil
depan kau aku tampil
jangan risau ayat aku masih tak laku
jangan khuatir jika kau disambar petir
ayat aku kurang pedas
aku takut kau pulak yang tak terbalas
ayat aku mungkin makan dalam
kesukaan aku tengok kau karam
dalam diam-diam ego bertukar jadi habuk
aku macam vacum boleh sedut sampai kau terjelepuk
pebende aku mengarut ni
gila poyo dohhh
berlagak riak macam EMCEE yang tak teragak
gigi baru tumbuh,baru patah,dan tumbuh lagi
kisah pulak aku diorang nak hambur berlagu
hobi baru lahir idea pulak mengalir ngalir
yup aku suka masa lapang tak sia-sia
pendekatan baru untuk aku meluahkan rasa
jadi tak lah tersiksa
hati aku nak bercerita


PEACE:)

Friday, 16 December 2011

16/12/11

suasana menjadi syahdu
pilu mengiringi lara
tiap saat menjadi duka
ini dipanggil kecewa
hiba digaulkan bersama
resepi terbaik terhasil
berdesing hati tidak mampu mencari
kesian hati sendirian lagi
jalan mati diseru menghadap roh abadi
buntu lagi
menangis lagi
terkurung lagi
sorang-sorang lagi
tiada peduli
MATI....


PEACE:)

Monday, 12 December 2011

12/12/11

tali penyambung dipotong keluar dari satu lorong
tangisan didengari
disambut dengan suci
diazankan didengari
syukur bernafas lagi
ditenung lama lama
gembira dipalungkan
suara kecil merengek
kali pertama didendangkan
ubun diusap
kasih sayang diperap
panggilan diberi mudah dikenali
kekal selamanya gelaran dibagi
keperluan dipenuhi siang malam
mata wang dihabiskan pada dia seorang
insan berguna dipinta sebagai balasan
tidak akan sia sia masa yang terbuang


PEACE:)

Friday, 2 December 2011

2/12/11

bersiar sekadar membunuh bosan
kawan kawan membuntuti kami berjalan
mata tertumpu seorang gadis pingitan
wajah ayu suci melambangkan kemelayuan
tertutup rapi memang ciri dicari
mulut terkunci menyapa si sunti pilihan hati
hati berbunga keseganan melanda
hanya mampu tersenyum kaku bersuara
perkenalkan diri aku gagahkan diri
tindakbalas diberi keyakinan berapi
mengajak ke gerai santapan ingin buat dia tertawan
mata membeku lirikan tertumpu
suara lembut didengari setiap pelosok dimensi
digit dipinta slow slow beraksi
lampu hijau timbul lantas dia bagi
pulang ke kediaman mencari apa yang dicari
mendail digit diberi sungguh rakus sekali
sekali lagi alunan merdu dihidangkan halwa telinga merasa
ayat manis diusulkan menjadi satu gaulan
30 minit berlalu aku masih tidak jemu
petah berbicara terpaku seribu batu
bertanya padanya dah ada ke teman istimewa
dengan selambe dia bilang sudah dia bahagia
satu demi satu dedaunan mula gugur
remuk plus duka suasana dicipta
secara berkhemah langkah dilumpuhkan
satu malam ditemani kekecewaan tanpa henti
mungkin tiada jodoh dari ILAHI
"Life Must Go On" pepatah diingati
pasrah dengan apa yang terjadi mintak tak berulang lagi


PEACE:)