Sunday, 27 November 2011

28/11/11

kau akan menjemput
tika saat sedang semput
tercungap mencari zarah udara
kesakitan terasa perit mebunuh
bermula dari hujung kaki,badan,tekak dan terus pergi
mereka hanya meratapi
tidak sedar aku hampir pergi
tangisan diselubungi memecahkan situasi
pilu dirasa tanpa henti
selamat tinggal dunia realiti
alam barzakh menanti penuh sakti
tubuh dibalut kain suci
keranda diisi sekujur jasad tanpa isi
sang hidup meggendong sang mati
tanah digali khas untuk yang abadi
mengahadap ke kiblat bila dikambus dalam perut bumi
talkin dibaca menangis sendirian
malaikat menyoal lidah menyembunyi
tiada siapa yang akan tolong sendirian menghadapi
azab diterima berhambakan dosa
kenikmatan dirasa suruhanNYA  dipatuh
alam maya kiamat kita dibangkitkan
serumpun dikumpul di PADANG MAHSYAR 
medan yang meranapkan status,populariti,dan kemasyuran 
syurga atau neraka menjadi sasaran
amalan ditimbang sebelum ditentukan
berharap bekalan dibawa akan menjamin kesejahteraan semua


PEACE:)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Thursday, 24 November 2011

24/11/11

kali ini aku kembali lagi
sebuah kisah yang di cari muncul tapa disedari
kisah kemanusiaan dikarang untuk dijadikan santapan
menyentuh asam garam manusia aku gemar melakukannya
aku dicipta sebagai manusia fizikal ku lengkap tanpa ada cela
mula lah aku nak merepek di awal cerita
ayat tiada makna aku tulis hanya untuk memenuhkan rangkap pertama sahaja
idea di tahan untuk diletak secara kasar pada rangkap seterusnya
yup sebentar lagi aku bermula


rangkap kedua telah tiba
kisah persahabatan aku nak cerita
hidup diisi bila mereka ada
pelbagai suka duka kerap kali dihapi bersama
drop mereka dan mereka kami lakukan together gether
cuma nak mewarnai hati kami semua
mana yang tarik muka kami galak tanpa hiba
saja mengisi seharian kami dengan semua benda


ikatan dibina aku harap tidak putus
jasa semua aku tattoo aku kunci dalam sanubari
dicabut roh dari nyawa itu sudah pasti
tatap wajahku kawan kawan sebelum aku menghadap dinding tanah
pikul la keranda ku jika korang mengingati ku
sedekahkan al fatihah jika kamu kangen padaku
sesungguhnya korang lah adik beradik ku


PEACE:)

Tuesday, 22 November 2011

22/11/11

keringat dipikul selama 9 bulan
aku berada dalam rahim sebelum dilahirkan
gaya hidup sejahtera dipilih agar aku sihat walafiat
roh belum disemat aku ditanggung penuh erat
segumpal daging belum diterbitkan ibu sungguh kuat
berakhir penantian aku terlihat


ibu menatang bagai permata sangat rapuh
penat lelah diludah jauh jauh tanpa mengeluh
berhabis segala gunung yang dikumpul untuk nyawa yang satu
teladan yang baik mereka menyiarkan kepadaku
taat pada ALLAH yang satu mereka seru
membimbing jadi soleh itu priority family ku
INSYALLAH amanah yang diberi ku pikul tanpa jemu


banyak saat tak terkira dibadai bersama
mereka sudah tua kudrat tak merasa
giliranku membalas apa yang dilemparkan kepadaku
ku panjatkan doa sentiasa kepadamu
tidak terbalas bakti mereka walaupun mereka berlalu
syurga yg dicari ku sembah kaki ibuku berkali
TANGGANG DERHAKA tidak terlintas dicontohi
aku bersyukur tuhan wujudkan misi untuk aku langsaikan di alam ini


I LOVE MY FAMILY


PEACE:)

Saturday, 19 November 2011

16/11/11

dalam kelas aku mendengar lagu
tengok jam perghh lambat pulak nak berlalu
otak aku hanya memikir karaoke
pilih irama mengikut tempoh aku meleleh
teman huhu haha aku pilih
kepala haprak macam mereka aku telan pahit pahit
biarkan mereka lakukan apa yang dirasa
kami gelakkan bila taufan melanda


hey pukimak jangan kau berlagak
ingat dulu mula mula kau datang tambak
kami angkut ajak kau berlayar
dengan mudah saja kau tukar topeng
terpedaya kata indah yang tak disangka
baguslah awal awal lagi kau nak koyakkan kami semua
tidak mengapa kami terima dengan tangan terbuka
hukum karma adil kami tak cuak apa


verse terakhir masa aku berlalu pergi
hey semester kedua welcome to my life
kau tarik muka hey ini middle finger rasmi dari aku
lantaklah kau nak cakap apa
ada masa aku bertandang lagi untuk bergebang situasi yang terkini


PEACE:)

16/11/11

ada lagi kisah aku nak bahaskan
nak masukkan satu story tapi sangat menyuluh
satu hari nanti akan ku bubuh jua
kisah kemanusiaan yang tiada akhirnya
seperti biasa rangkap pertama menyusahkan aku untuk bercerita
ritma aku tiada tapi aku mahu cuba
belum rancak aku nak menyuarakan cita rasa
yang penting rangkap kedua akan tersedia


seorang insan bergelar hawa
luar sopan dalam tak diduga
pijak rama rama tak mati pada awal perkenalan
sekarang tiup sekandang gajah tumbang rata rata
aku nak bilas pada air muka kejantanan tiada
baris aku nak beri mungkin cincang kau punye jiwa
kesialan kau bawa dulu hampir membunuh kami semua
rangkap kedua hanya ini aku mampu berkata


di laman sosial dulu aku berkawan dengan dia
bertegur sapa itu perkara biasa
kini membuang aku dari senarai rakan dia aku diam saja
maklum lah dunia ni kan die yang punya
aku mane la layak dalam senarai die
sume orang dia nak sentuh sebab dia terbaik menyeluruh
mungkin die nak tunjuk dunia ni dia la merak kayangan
biarkan saja mungkin dia buta banyak lagi puteri kayangan di realiti ini


sekarang aku kehabisan peluru
banyak lagi aku nak persembahkan kudrat tak membantu
ayat aku mungkin boleh buat kau terbakar
petrol dijimat satu hari nanti aku perlukannya lagi
sampai sini saje la aku nak mengarut lagi
assalamualaikum jumpa lagi


PEACE:)

Friday, 18 November 2011

18/11/11

alam nyata diisi kehidupan membiak
terima kasih tuhan kau jadikan aku salah satu ciptaan hidupan di bumi
aku bersyukur dapat meratap keindahan milikMU ini
kesempurnaan yang dibuat tiada tolok gantinya
agama dipilih menjadi panduan
KAU yang MAHA ESA aku sembah
hanya kau ALLAH S.W.T dihati selamanya


kain putih tersemat di rohani
manusia dibiarkan untuk mencorakkan sendiri
bijak memilih haluan berjaya di akhirat kelak
mana yang bangang mensia sia kan nikmat diberi kau kecundang
pilih jalan hitam kau menghambakan diri kepada laknat syaitan
neraka banyak level menanti
invitation dihantar tanpa kau sedari
itu lah syaitan rakan karib kau yang menjahanamkan kau
haha padan muka baru kau rasa


dunia akhir zaman aku dilahirkan
petanda kiamat berleluasa aku perhatikan
maksiat membunuh merompak merogol meragut manusia lakukan senang gila
bertindak bangang antara mereka itu lah mereka
peraturan dalam kitab mereka langgar rempuh tanpa segan silu
itu lah manusia berani menentang ajaran tuhan yang satu ini


kehidupan mengelirukan bersepah kat realiti
memilih jalan kanan yang direstui aku ikuti
terpesong carta dunia aku elakkan
mencari bekalan bertemu dengan MU
berharap cukup aku bawa ke sana
abadikan terhadap perintah ku lakukan
kau tuhanku ALLAH yang satu
ku sematkan dalam roh yang abadi
ku bawa sampai mati


PEACE:)



Tuesday, 15 November 2011

15/11/11

tangan bergulung salam dihulurkan
15 aribulan wujud arini
angin masih subur hari kedua semester
hala tuju tiada diduga
sebatang surya cukup menceriakan aku di pagi hari
ok seriously aku tak tahu nak lontarkan apa bahasa lagi
haha verse pertama aku tamatkan di sini


rangkap kedua terus dibina
masuk kuliah setelah menyumbangkan suara ternyata sumbang
seperti biasa beliau masih bercerita untuk membazirkan masa
aku geleng kepala tanda protes seorang insan
ape boleh buat aku anak didik yang dididik aku akur
SHITMAN terpaksa aku redha


kaki diangkut diarah ke kedai kopi
jentera dipacu cara aku terbang ke sana
segelas air kosong pembuka rasa
hujan yang berlari ke bumi sudah mati
destinasi fantasi yang dipandu sudah tahu
aku rasa cukuplah kekarutan yang aku lontarkan ni
jari pengakap disiar mungkin aku coret lagi


PEACE:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me